Selasa, 18 Julai 2017

Pengalaman gigi besi ku (part 1)

Assalamualaikum hai.haii.
alhamdulillah pagi ni mai dah mood nak tulis entry pasal gigi besi mama ni.
huhu nak sebut pun seramm kan?


                              (Sumber Goggle)

Tak ramai yang tahu mama pasang braces,ye laa tak penting pun tapi nak share jugak sebab pengalaman ni ramai kena tahu.Sebab mungkin ada yang tanam niat nak pasang braces kan? So,mama share sini ok.
mungkin panjang sikit entry ni.Harap hampa rajin laaa baca nah.hihi.

Sebenarnya dah lama pasang niat nak pakai braces sejak dari sekolah lagi!
Al maklumlahh fuluss(duit) tak berapa nak ramai.huhu maka terkandas niat tu.
Sekarang umur 27tahun ada bisnes shaklee ni mama ada laa simpan duit boleh laa pasang braces ni.hehe..

      MESTI RAMAI SOAL KENAPA PASANG?
             TENGOK OK JA GIGI HANG?

Nampak memang mcm ok.Tapi tak ok.gigi aktif sangat naik.Sampai bertindih2 pastu sampai senget gigi2 yang lain.Naik kat belakang gigi pun ada.Tak selesa rasa lidah ni.Gigi depan pulak ada laa sikit maju kehadapan senget dan kecik beso.huhu. bukan tak syukur..Tak konfident nak senyum cakap2 dengan suami.Lagi 1 bila coaching anak2 cucu shaklee tak pakai niqab rasa segan gigi bersepah😂.

      PAKAI NIQAB SAPA NAK TENGOK?

Sapa cakap tak dak orang nak tengok? tu dah tulis kat atas.Nak bagi suami tengok.Nak bagi senyuman paling manisss untuk dia.heheh cantik laa sikit gigi tu kan😍.pastu diri sendiri laa nak rasa dan nampak lebih cantik bukan nak tunjuk kat sapa2 pun.

        KAT MANA BUAT? BERAPA KOS?

Haa bab ni memang ramai yg nak taw kan?? ok mama buat dekat Klinik Pergigian Dr Haneesah (klick ja link ni nnt jumpa la Klinik Dr Haneesah dekat Padang serai Penang)
baru ja mama pasang braces 12/7/2017 booking harga promo sejak Mei 2017 tapi tak buat lagi.Sebab masa tu mama sibuk siap2 nak ke Trip Japan dengan shaklee.Terpaksa tangguh dulu. kenapa tangguh?? hahaha tak mau laa p Makan angin free menahan sakit gigi nanti.Dah laaa shaklee belanja makan sedap2!! Boleh kempunan kalau pasang awal huhuhu.Bijak tak mama?? 😛.

Kos pasang dah servey setakat ni klinik paling murah kat sini.Tak jauh sangat dari rumah jadi kos ulang alik tu pun masih berbaloi.

Deposit Rm800(buat 2x bayar).So,bayar Rm300 masa ambik acuan.Rm500 masa pasang.Dan monthly Rm150 je kau.MUrah kan? servise pun bagoih.Staff dan doc dia lembutt ja.Nak sakit pun tak jadi.alhamdulillah.
Mujur ada bonus shaklee bulan2 boleh tolong bayar kos gigi dan lain2.Kira ada sebab laa kan ALLAH tak izin buat dulu.

          SAKIT KE TIDAK??

Sakit ka tidak erk?? hihi rasa2 sakit tak??
ermmm nanti mama share dalam entry part 2 ok? sebab mood nak tulis takat ni dulu😁.kebas2 sudah mariii  (nampak hint2 dah bagi)hahaha.

         NAK TENGOK GIGI?

oklahh mama belanja sikit hampa tengok Gigi mama yang cantik ni.Sebelum tak sempat amik gambar(ya laa tak dak keja dok p genyeh tunjuk gigi kan)
jadi yang ada lepas pasang braces ja.

Nampak tak senget2 dan bertindih
(Jangan dok usha rapat sangat tercabut gigi tu satgi.haha)

Ni senyuman manis khas untuk pembaca blog mama.hehe

 Saja mama pilih rubber braces warna pink purple terqoise sebab ni warna pebret mama.Sweet2 gitu.

Haaa amacam cun tak pasang braces.Nampak cantik tapi yang pasang jaa taw apa rasa hari2 perlu di lalui hahaha.

Oklahh sampai sini ja mama share.InsyALLAH nanti kita masuk part 2 pasal SAKIT KE TIDAK??



Salam senyuman maniss
-Mamareen shaklee-
Shairne omar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan